fbpx

K2

Bolehkah ambil upah kerana kutipkan sumbangan masjid?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bersedekah untuk masjid amat digalakkan dalam Islam. – Gambar hiasan

Adakah saya sebagai orang yang berusaha mendapatkan sumbangan bagi kerja-kerja pembangunan masjid berhak mendapat upah dengan meletakkan peratus tertentu daripada hasil kutipan?
Apakah hukum memberikan upah dengan peratusan tertentu kepada individu yang berusaha mendapatkan sumbangan untuk pembangunan masjid?

JAWAPAN: Bersedekah dan melakukan amalan wakaf amat dituntut dalam Islam.

Terdapat banyak cara untuk melakukan amalan mulia itu.

Ada yang gemar untuk memasukkan ke dalam tabung masjid, surau dan seumpamanya.

Segelintir orang pula lebih gemar untuk melakukan wakaf seperti pembinaan madrasah, sekolah agama, masjid dan seumpamanya.

Jika melibatkan wakaf atau sumbangan sebegini, lazimnya terdapat individu atau pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengutipnya.

Secara asasnya, hukum mengambil komisen daripada kutipan derma atau wakaf diharuskan kerana qias kepada amil zakat mengikut pandangan sebahagian ulama.

Upah atau ijarah adalah akad ke atas sesuatu manfaat yang dimaksudkan lagi dimaklumi dan menerima serah serta keharusan dengan bayaran dimaklumi.

Dan hukumnya adalah harus berdasarkan firman Allah SWT: “Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.” [Surah Al-Talaq: 6]

Dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, di antaranya adalah: “Bahawasanya Rasulullah berbekam dan beliau memberikan upah kepada orang yang membekamnya.” [Sahih al Bukhari (5691), Muslim (1202)]

Hukum mengambil upah mengikut peratusan tertentu juga adalah harus. Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi Muhammad SAW memberikan separuh daripada hasil ladang kepada penduduk Khaibar sebagai upah mengusahakannya.

Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi SAW mengupah penduduk Khaibar dengan kadar separuh hasil buah-buahan atau tanaman.[Sahih al Bukhari (2328), Muslim (1551)]

Pengambilan ujrah atau upah daripada sumber kutipan sumbangan untuk pembangunan masjid adalah harus dengan syarat-syarat di bawah:

Pertama: Setiap badan, individu atau pihak pihak tertentu hendaklah merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengenai kadar peratusan komisen bersesuaian yang harus diambil mengikut kadar upah berpatutan dan munasabah.

Kedua: Wajib dinyatakan kepada pewakaf atau penyumbang kadar komisen yang akan diambil.

Semoga Allah SWT menghindari kita daripada ujian harta di dunia hingga kita berjaya bertemu dengan Allah SWT dengan hati dan jiwa bersih. Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI