fbpx
Gambar hiasan.

Pelajar maut terkena renjatan elektrik ketika berwuduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUKAH – Seorang pelajar Tingkatan Empat meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di kawasan mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Mukah, Sarawak semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan parah, manakala seorang lagi terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak sekolah berhubung insiden tersebut yang berlaku ketika tiga pelajar lelaki berada di lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke Hospital Daro dan seterusnya dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Sarawak Energy turut dimaklumkan bagi memutuskan bekalan elektrik di kawasan berkenaan demi memastikan keadaan selamat.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN