fbpx

Agong rasmi Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-SULTAN Abdullah (tengah) berkenan merasmikan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, di KotaSAS, Kuantan, diiringi Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) dan Datuk Seri Zulkifli Yaakob (kanan).

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, di KotaSAS, di sini, hari ini.

Baginda tiba di pusat pentadbiran itu pada pukul 11.00 pagi diiringi paduka-paduka anakanda dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaakob.

Baginda dalam titah perasmiannya menzahirkan rasa bertuah dapat merasmikan PPSAS sebelum berakhirnya tempoh khidmat baginda sebagai Yang DiPertuan Agong.

“Saya rasa bertuah dengan hari yang redup dan penuh keberkatan ini dapat menghadiri majlis yang saya nanti-nantikan sepajang lima tahun menjadi Agong. Nasib baik dapat diadakan sebelum saya mengakhiri zaman perkhidmatan ini,” titah baginda.

Baginda turut menyentuh tentang kronologi pembinaan PPSAS yang diusahakan baginda bermula pada tahun 2015.

“Saya kena sebut… kena berkongsi kronologi pembinaan PPSAS ini iaitu pada 2015 saya telah mempersembahkan kepada Almarhum Ayahanda saya untuk mencadangkan sebuah pusat pentadbiran baru memandangkan Wisma Sri Pahang begitu lama dah dekat 20 tahun dan mempunyai masalah penyelenggaraan dan seterusnya.

“Dan… ditempatkan di KotaSAS ini kerana saya memikirkan sudah sampai masanya bandar Kuantan diperbesarkan lagi supaya kita boleh perluaskan penduduk dan paling penting sekali ialah lalu lintas di Kuantan ini yang semakin hari semakin sesak.

“Mudahan dengan terbinanya bandar baharu di Bandar Satelit KotaSAS dapat sedikit mengurangkan tekanan kepada kesesakan di bandaraya Kuantan,” titah baginda lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI