fbpx

Tindakan Israel arah WHO alih bekalan kesihatan tidak berperikemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tindakan yang tidak berkeperimanusiaan itu wajar diselar oleh seluruh dunia.

“Keputusan Israel untuk melakukan perkara tersebut bukan sahaja menyekat hak kesihatan dan hak kehidupan rakyat Palestin, malah akan merumitkan keadaan untuk mencapai penyelesaian terhadap keamanan di Palestin.

“Kegagalan suara mahupun tindakan daripada komuniti antarabangsa jelas menunjukkan ketidaksamaan dalam layanan terhadap warga Palestin.

“Saya menyeru semua pihak untuk menegakkan keadilan terhadap Palestin demi keamanan dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 70 peratus hospital di Genting Gaza terpaksa menghentikan operasi setelah kempen pengeboman rejim Zionis berlarutan selama hampir dua bulan.

Ketua Pasukan Penilaian Biro Statistik Pusat Palestin, Hossam Khalifa mengesahkan situasi perkhidmatan kesihatan di wilayah itu yang semakin meruncing menerusi wawancara pada Ahad.

“Serangan bertalu-talu rejim Zionis turut memusnahkan kira-kira 250,000 daripada 400,000 unit perumahan di Gaza.

“Kos kerugian ekonomi di wilayah terkepung itu akibat perang genosid Israel juga mencecah AS$700 juta (RM3.3 bilion) pada Oktober,” jelasnya.

Susulan situasi yang semakin membimbangkan, WHO menggesa tindakan segera untuk memulihkan sistem kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat kempen pengeboman rejim Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI