fbpx

Suspek berlumuran darah sambil pegang pistol ditahan di PPR Sungai Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis menahan lima lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Sungai, Sungai Pinang, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, suspek pertama ditahan sepasukan polis di kawasan perumahan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah pada kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata, lelaki tempatan itu ditemui sambil memegang sepucuk pistol manakala empat suspek lagi ditahan selepas bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Telah berlaku pelanggaran kedua-dua motosikal yang dinaiki dua anggota polis semasa mengejar kereta sekumpulan lelaki terbabit.

“Kesemua suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu dikenal pasti berusia antara 24 hingga 34 tahun. Lelaki yang parah pada kepala telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut katanya, polis merampas sepucuk pistol dan sebilah senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara sekumpulan lelaki warga tempatan.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 9 Disember ini untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI