fbpx

Polis mohon kedutaan, Interpol kesan dua suspek kes simen mayat di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat wanita yang ditemui dalam rumah itu.

KLANG – Polis meminta bantuan kedutaan dan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan dua suspek lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam penemuan mayat yang disimen di tandas sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, setakat ini seramai 10 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dan siasatan masih dijalankan dalam mengenal pasti individu-individu yang terlibat.

“Bantuan kedutaan dan Interpol juga dipohon bagi mengesan dua suspek lelaki warga asing yang dikenal pasti sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan hasil dapatan bedah siasat dijalankan Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) hari ini mendapati punca kematian seorang wanita diangarkan berusia 20 hingga 30an yang ditemui disimen tersebut adalah tekanan pada bahagian leher.

Hoong Fong menjelaskan, pakar perubatan forensik tidak dapat memastikan jangka masa kematian wanita tersebut kerana proses pereputan menjadi lambat bagi mayat yang berada dalam persekitaran berkenaan manakala identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti,” jelasnya.

Terdahulu, muka depan Kosmo! melaporkan mayat seorang wanita yang ditemui ditanam dalam simen di kolah mandi di sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, di sini Ahad lalu, dipercayai telah dibunuh lebih setahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI