fbpx

Perak mahu dilayan adil seperti Selangor, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Yee (kiri) ketika bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pemimpin Kerajaan Perpaduan Perak mahu kerajaan Pusat memberi layanan sama adil kepada negeri itu, seperti yang dinikmati oleh Selangor dan Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee menggesa Pusat memberi perhatian terhadap permintaan rakyat negeri itu.

“Sudah berpuluh tahun kita sudah meminta lapangan terbang. Janganlah semua pembangunan sampai ke Pulau Pinang dan Selangor sahaja. Apa hendak jadi kepada negeri Perak.

“Ini melangkaui politik. Zaman Pakatan Harapan jadi kerajaan, zaman Barisan Nasional jadi kerajaan, zaman Perikatan Nasional jadi kerajaan dan kini zaman Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penggulungan portfolionya dalam Belanjawan 2024 Perak di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI