fbpx

EPL: Nkunku bakal buat debut di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKUNKU (kanan) sudah mula menjalani sesi latihan penuh bersama pasukan itu sejak dua minggu lalu dan mungkin bersedia untuk diturunkan buat kali pertama. - AFP

LONDON – Chelsea tidak mempunyai masa untuk meraikan kemenangan 3-2 ke atas Brighton apabila kembali ke pusat latihan Cobham untuk membuat persiapan menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi esok.

Kemenangan ke atas Brighton mencetuskan motivasi tinggi skuad kendalian Mauricio Pochettino apabila ramai yang percaya mereka mampu untuk meraih kemenangan berdepan United yang sedang berdepan krisis prestasi memuncak ketika ini.

Lebih melegakan, Chelsea mampu memperkuatkan jentera serangan mereka menerusi kehadiran Christopher Nkunku yang kembali pulih daripada masalah kecederaan dan bakal membuat debut bersama The Blues.

Nkunku tiba di Stamford Bridge pada musim panas lalu, namun masih belum membuat sebarang kemunculan ekoran masalah kecederaan pada pramusim lalu, namun dia sudah mula menjalani latihan penuh bersama pasukan itu sejak dua minggu lalu.

“Kami akan membuat penilaian dan memutuskan mengenai kemungkinan untuk menurunkannya. Tahap kecergasannya semakin memuaskan, namun masih perlu dibuat penilaian,” kata Pochettino.

The Blues juga masih belum dapat menggunakan khidmat Romeo Lavia yang belum membuat penampilan bersama pasukan itu dan Pochettino memberi bayangan bahawa pemain itu memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, Pochettino mampu menarik nafas lega apabila dua pemain pertahanannya, Reece James dan Marc Cucurella akan kembali dari penggantungan dan bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Antara pemain lain yang tidak dapat diturunkan adalah Conor Gallagher yang digantung akibat menerima kad merah, Malo Gusto, Ben Chilwell, Trevoh Chalobah, Carney Chukwuemeka dan Wesley Fofana yang masih tercedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`