fbpx

Dewan Negara: Kenapa restoran mamak perlu ambil pekerja dari India?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mempersoalkan mengapa pengusaha restoran mamak perlu mengambil pekerja dari India.

Menurut beliau, pengusaha restoran mamak boleh mengambil dan melatih pekerja tempatan untuk melakukan kerja-kerja yang sama di premis perniagaan mereka.

“Kedai (restoran) mamak pun masih bawa orang dari India. Walhal YB (Yang Berhormat) cuba ke kedai Tok Janggut di Kuching, Sarawak. `The Best roti canai’. Itu latihan MARA (Majlis Amanah Rakyat) dulu.

“Tetapi kenapa kita masih import orang (pekerja) dari India. Jadi kalau pengusaha nak buka restoran mamak, suruhlah latih orang (pekerja) tempatan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau mencelah demikian semasa Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM), Datuk Mustapha Sakmud menjawab soalan tambahan seorang Ahli Dewan Negara sampai bila Malaysia akan terus bergantung kepada tukang gunting rambut dari negara asing.

Terdahulu, Mustapha menerangkan, kebenaran menggajikan pekerja asing bagi tiga sub sektor iaitu tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas adalah bersifat “one off”.

Menurut beliau, sehingga 5 Disember 2023, KSM telah meluluskan 27 permohonan yang terdiri daripada 21 majikan yang melibatkan 60 bilangan kuota pekerja asing bersamaan 27.8 peratus bagi penggajian pekerja asing bagi tiga sub sektor tersebut.

Kata beliau, KSM bagaimanapun telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing bagi subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas.

Jelas beliau, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah menyediakan program latihan kemahiran beserta pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga 5 untuk majikan dan pekerja tempatan.

Ujar beliau, sehingga 31 Oktober 2023, sebanya 61,478 Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang pakaian dan tekstil dan 491 dalam bidang pengguntingan rambut dianugerahkan kepada pelatih yang telah tamat belajar.

“Dalam pertandingan `world skill’ pertandingan ASEAN tahun ini, peserta negara kita dapat pingat emas dalam dandanan rambut. Ini kehabatan anak-anak muda kita.

“Ini cuba kita kembangkan dan beritahu masyarakat, kita ada bakat tempatan yang perlu kita gunakan. Sayang kita ada anak muda yang hebat, tetapi tiada ruang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI