fbpx

Kerajaan tambah 186 Pusat Sebaran Maklumat Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teo Nie Ching di Dewan Negara hari ini. Foto - Japen

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalaui Kementerian Komunikasi telah mengumumkan pertambahan sebanyak 186 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, pertambahan itu dilakukan berdasarkan inisiatif 1 DUN 1 NADI termasuk 38 NADI baharu yang akan di bangunkan di Pulau Pinang menjelang akhir tahun 2024.

“NADI turut berperanan sebagai pusat penyampaian maklumat mengenai inisiatif serta bantuan kerajaan kepada golongan sasar di kawasan luar bandar”

“Selain kemudahan capaian internet, pelbagai kursus dan latihan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan keusahawanan turut disediakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kendiri serta memperkasakan pembangunan sosioekonomi komuniti setempat,” jelasnya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikina ketika menjawab pertanyataa lisan Senator Dr. Lingeshwaran yang ingin tahu mengapa Pulau Pinang hanya mempunyai tiga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) iaitu kedua terendah dalam Malaysia serta apakah strategi Kementerian Komunikasi untuk meningkatkan bilangan PEDi di Pulau Pinang dalammasa terdekat.

Mengulas lanjut, Nie Ching memaklumkan, Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mendirikan tiga NADI di seluruh Pulau Pinang.

Kesemua tiga NADI yang sedang beroperasi ini menyediakan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

Dengan pertambahan NADI baharu tersebut, ia akan menjadikan keseluruhan 1,097 NADI di seluruh negara dan 41 NADI di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI