fbpx

6.25 juta transaksi tol guna kad debit, kredit dalam 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6.25 juta transaksi menggunakan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT) melalui kad debit dan kredit direkodkan bagi tempoh Oktober 2023 hingga Februari 2024.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 68.17 peratus menggunakan kad debit manakala selebihnya menggunakan kad kredit.

“Sepanjang tempoh tersebut, transaksi pembayaran tol menggunakan kaedah SPT mencatatkan sebanyak 2.1 peratus daripada keseluruhan mod pembayaran tol di 11 lebuh raya.

“Ia termasuk Lebuh Raya Besraya, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE).

“Selain itu, Lebuh Raya Duta – Ulu Klang (Duke), Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) serta Terowong SMART,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkaitan peratusan pengguna yang menggunakan kad debit dan kad kredit di kesemua konsesi tol lebuh raya yang menyediakan perkhidmatan SPT.

Untuk rekod, Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat Konsesi lebuh raya memperkenalkan SPT sebagai alternatif kepada kaedah pembayaran tol sedia ada bermula September tahun lalu. – KOSMO! OILINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI