fbpx

Pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berusia 50 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pokok tumbang yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima kenderaan terkesan dihempap pokok berkenaan menerusi video tular di lokasi kejadian di Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melihat keperluan untuk mengkaji semula garis panduan penjagaan pokok-pokok tua di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini selepas, pihaknya telah mengenal pasti banyak pokok berusia 50 sehingga 80 tahun di sekitar ibu negara.

Menurut beliau, sememangnya pokok-pokok tua hanya menunggu masanya untuk tumbang lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Kita lihat pokok itu tegap tetapi kita perlu melihat garis panduan yang perlu diambil agar memastikan pokok-pokok sudah tua ini diambil bagi keselamatan orang awam.

“Data berapa banyak pokok tua kita tidak ada buat masa ini, tetapi pemantauan akan dilakukan bagi mengesan berapa banyak pokok tua yang masih ada,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pokok tumbang di ibu negara petang tadi.

Mengulas lanjut, kata beliau, pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh DBKL dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali.

“Pokok yang tumbang hari ini kita kesan iaitu merupakan pokok lama berusia lebih 50 tahun. Pokok ini di bawah pemantauan pihak swasta,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbincangan masih dilakukan berhubung pemberian pampasan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“DBKL kebiasaan akan ambil tindakan dalam mengenal pasti profil mangsa dan sebagainya. Kita akan hulurkan bantuan selain melihat insurans yang mereka ada.

“Kita akan bincangkan perkara ini,” katanya.

Menurut beliau, kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian dijangka selesai selewat-lewatnya malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi, seorang lelaki meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI