fbpx

Bekas pesakit Hospital Bahagia boleh bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT psikiatri melakukan aktiviti berkebun untuk mengisi masa ­lapang sepanjang berada di HBUK, Tanjung Rambutan, Ipoh.

IPOH – Pesakit yang me­nerima rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan di sini akan dibenarkan kembali ke pangkuan masyarakat untuk ­bekerja selepas tempoh ­tertentu.

Pengarah HBUK, Dr. Yusni Yusuff berkata, ia sebahagian daripada matlamat untuk ­merawat golongan tersebut.

Katanya, pesakit yang me­nerima rawatan dalam tempoh ditetapkan dan dibenarkan untuk kembali bekerja menunjukkan perubahan positif apabila berada dalam masyarakat.

Ujarnya, kebanyakan pesakit yang mampu berdikari dan menjalani hidup tanpa bergantung kepada orang lain, terutamanya daripada segi kewangan mengalami risiko rendah untuk mengalami masalah penyakit berulang.

“Ramai yang menerima rawatan mampu kembali ke pangkuan masyarakat dan bekerja semula seperti biasa.

“Cuma mereka ini perlu di­bantu ketika berdepan masalah mental. Apabila pulih, tiada masalah untuk pesakit kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Dr. Yusni, bagi pesakit yang tiada kemahiran, mereka akan dibantu terutamanya daripada segi latihan.

Untuk itu, beliau berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membuat program berkaitan agar mereka mendapat pe­kerjaan.

Dalam pada itu, aktiviti menjaja, berkebun dan menternak ayam serta ikan merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh pesakit psikiatri ber­kenaan untuk mengisi masa ­lapang sepanjang berada di situ.

Kata Dr. Yusni, selain itu, ada juga dalam kalangan mereka menjaga kolam ikan, selain belajar menjahit serta menghasilkan produk kraf menerusi bengkel-bengkel disediakan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI