fbpx

Konflik Palestin-Israel: 2.3 juta penduduk Gaza hampir mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berpindah dari sebuah kawasan kejiranan yang diserang tentera Israel di Bandar Gaza. - AFP

PETALING JAYA – Kira-kira 2.3 juta penduduk Gaza berdepan dengan kematian apabila terputus sepenuhnya bekalan makan dan minuman dan hidup dalam kelaparan sepanjang tempoh dua bulan dalam kepungan rejim Zionis Israel.

Situasi ini didedahkan wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq menerusi hantaran di Instagramnya semalam.

“Gaza kebuluran. Gaza secara rasmi terputus sumber makanan, minuman dan 2.3 juta penduduk semakin menghampiri kematian,” kongsinya ringkas.

Memasuki hari ke-60 konflik antara Palestin dan Israel, lebih 15,500 nyawa telah terkorban dengan ratusan ribu kediaman musnah akibat dibom rejim Zionis.

Situasi mereka seperti perlarian di negara sendiri yang hilang tempat berlindung sehingga terpaksa menyembunyikan diri di bawah konkrit runtuhan agar tidak dikesan oleh tentera Israel.

Terdahulu, media tempatan melaporkan penduduk Gaza kini diuji dengan masalah kebuluran dan risiko penyakit berjangkit ekoran ketiadaan barangan asas seperti makanan, ubat-ubatan, makanan dan air bersih.

Kehidupan bertambah tertekan apabila barangan yang ada dijual dengan harga sangat tinggi dan kebanyakan mereka sudah tiada wang simpanan selain hanya berharap atas ihsan serta bantuan orang lain. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI