fbpx

Kerajaan sasar 98 peratus air bersih menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiong Sii (dua dari kiri) diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan), Datuk Razali Mohamad (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman (kiri) dan Presiden Malaysian Water Association (MWA), Dr Mohmad Asari Daud (dua dari kanan) ketika majlis perasmian MIWC 2023 di World Trade Centre, Kuala Lumpur, hari ini. Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyasarkan capaian 98 peratus liputan air bersih bagi kawasan luar bandar menjelang akhir tahun 2025.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, bagi liputan pembetungan pula, sasarannya adalah sebanyak 87.5 peratus.

Sehingga 2022 katanya, liputan akses bekalan air mencapai 97.1 peratus di kawasan bandar dan 97 peratus di kawasan luar bandar.

“Sementara itu, perkhidmatan pembetungan meliputi 85.4 peratus dari bandar utama.

“Malaysia komited capai sasaran ini untuk pastikan akses kepada air bersih dan sanitasi untuk semua,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Konvensyen Air Antarabangsa Malaysia (MIWC) 2023, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Bertemakan ‘Sustainability: Transforming Vision into Action’, konvensyen berkenaan mengumpulkan lebih 650 pemimpin, inovator dan pengamal dari pelbagai sektor untuk menangani cabaran kritikal yang dihadapi industri air selain membincangkan penyelesaian terbaik.

Beliau berkata, Malaysia seperti kebanyakan negara, turut menghadapi cabaran berkaitan kekurangan air akibat perubahan iklim, bencana alam serta pembandaran yang pesat.

Faktor-faktor ini katanya, mendesak keperluan penyelesaian inovatif untuk pastikan bekalan air yang konsisten dan mampan.

“Selain pencemaran, hujan tidak teratur dan musim kering berpanjangan, gangguan corak cuaca juga membawa kepada kejadian cuaca ekstrem seperti bencana banjir besar.

“Apabila bencana seperti ini berlaku, ia boleh memusnahkan atau mencemarkan keseluruhan bekalan air, yang merisikokan kesihatan orang ramai,” jelasnya.

Dalam masa sama katanya, kementerian sedang mengkaji untuk mengukuhkan rangka kerja perundangan melalui pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air [Akta 655]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI