PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang dipercayai sanggup berulang-alik ke sebuah kedai untuk mencuri sebuah tapak kipas tangan telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu, semalam.
Menerusi satu hantaran di media sosial oleh @gyychio, kejadian itu berlaku apabila wanita itu telah datang kembali ke kedainya sebanyak dua kali demi mencuri tapak kipas berharga RM19.90 untuk melengkapkan barang yang dicurinya sebelum itu.
“Saya dapat tangkap dekat CCTV yang buat kali kedua dia datang balik sebab nak curi kipas ini sahaja. Kali pertama dia datang, dia curi kipas dari kotak yang sama,” katanya.
Pengguna Gyychio memaklumkan jika benar wanita tersebut tiada wang, dia sanggup membelanjakan wangnya terlebih dahulu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna tidak puas hati dengan tabiat buruk wanita terbabit.
“Nampak macam bukan orang susah pun. Ini bukan sebab duit, tapi dah jadi tabiat untuk mencuri,” kata pengguna @_babyliya15.
“Mencuri macam ini sebenarnya dah menjadi tabiat seseorang sebab dia dah biasa mencuri, jadi dia dah mahir cara nak mencuri itu,” kata pula pengguna @AmerImran.
“Dah sedap buat dua kali, nanti mesti dia datang lagi. Cetak gambar dia siap-siap dekat situ sebab tak kisah berapa pun nilai barang itu. Kena bagi polis tangkap dia,” ujar pengguna @Wan_lily. – KOSMO! ONLINE














