fbpx

Hujan di Pantai Timur, Sarawak diramal reda lewat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan cuaca melibatkan Pantai Timur dan Sarawak yang mengalami hujan sejak pagi tadi mula beransur reda.

Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan yang bermula sejak awal pagi tadi sudah mula beransur reda dengan keadaan hujan renyai hanya tinggal di kawasan persisiran pantai negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Bagaimanapun, ini juga diramal akan beransur reda. Namun, lain pula di negeri Sarawak dimana keadaan hujan lebat dan ribut petir dilihat masih lagi berlaku terutamanya di tengah dan barat Sarawak.

“Ini juga diramalkan akan berlarutan sehingga ke lewat pagi nanti. Bagi keadaan di Sabah pula dilihat tiada hujan dan hanya sedikit mendung di kawasan Kudat,” katanya.

Tambah MetMalaysia, satu penumpuan angin diramal boleh berlaku di sekitar rantau negara dimana ia akan menyebabkan peningkatan kelembapan terutamanya negeri-negeri yang melibatkan pantai timur, Semenanjung Malaysia menjelang esok pagi.

“Demikian itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Arahan ini akan dikuatkuasa mulai esok sehinga 8 Disember nanti.

“Oleh itu, penduduk setempat diminta untuk sentiasa cakna dan bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan banjir yang boleh berlaku terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan yang berkedudukan rendah,” jelasnya.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir dan kebiasaaanya ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI