fbpx

Enam kampung termasuk Kampung Iboi dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir kilat di Baling, malam ini.

BALING – Enam kampung di mukim Kupang dan Bakai di sini dilanda banjir kilat, malam ini.

Lima kampung dalam mukim Kupang yang terjejas adalah Kampung Iboi, Kampung Sadek, Kampung Seberang Jaya, Kampung Tanjung dan Kampung Bendang Padang.

Sementara di mukim Bakai hanya melibatkan Kampung Badang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7 malam tadi.

“Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan air Sungai Baling melimpah ke penempatan penduduk yang terletak di kawasan rendah dan berisiko banjir,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hujan lebat di kawasan hulu mengakibatkan alur sungai tidak mampu menyalurkan kuantiti air hujan yang banyak seterusnya menyebabkannya melimpah.

“Tiada pusat pemindahan dibuka dan air sudah mulai surut dan mangsa berada di rumah untuk kerja-kerja pembersihan,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan cuaca ketika ini hujan renyai di beberapa tempat di daerah ini.

“Paras air Sungai Baling dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI