fbpx

31 mangsa banjir di Kampung Labi dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM meninjau kejadian banjir di Kampung Labi dalam mukim Tualak di Kuala Nerang, malam tadi.

KUALA NERANG – Seramai 31 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tualak selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, PPS tersebut dibuka pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Kejadian banjir berlaku di Kampung Labi dalam mukim Tualak sejak pukul 7 malam semalam selepas hujan lebat berpanjangan di seluruh daerah Padang Terap,” katanya di sini hari ini.

Katanya, jumlah mangsa yang berlindung di PPS SK Tualak sehingga pukul 8 pagi ini ialah seramai 31 orang.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, tiada PPS dibuka di daerah Kubang Pasu susulan kejadian banjir kilat di Pekan Napoh dan Lebuhraya Jitra-Changlun, malam tadi.

“Hujan lebat bermula pukul 6 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat ekoran saluran perparitan tersumbat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI