fbpx

Wajib kuasai bahasa Melayu ketika urusan rasmi – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin semasa Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam Kementerian Dalam Negeri ketika Sambutan Setahun Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Setiap warga Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu dan ia satu kewajipan bagi mengelak timbul masalah terutama ketika memperbaharui pasport dan sebarang aktiviti rasmi berkaitan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, secara asasnya, setiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu malah, ia sudah terpahat dalam Perlembagaan.

“Kewajipan seseorang warga untuk kuasai bahasa Melayu tidak boleh kita kompromi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Setahun KDN Madani dan Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang didakwa mengherdik seorang wanita di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI