fbpx

Belai lembu untuk hilangkan ‘stress’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung membelai sekumpulan lembu tenusu di Dumble Farm, timur laut England pada 29 November lalu. - AFP

LONDON – Sebuah ladang haiwan di Britain dibanjiri pengunjung selepas menawarkan peluang kepada orang ramai untuk membelai lembu-lembu baka Highland yang diternak di kawasan itu.

Pemilik Dumble Farm, Fiona Wilson dan rakan-rakan kongsinya mula menawarkan sesi itu pada Februari lalu selepas mengalami kesukaran dalam mempertahankan perniagaan tenusu moden.

Salah seekor lembu baka Highland, Morag dilihat keluar dari bangsalnya di Dumble Farm untuk bertemu orang ramai. 

Pengunjung mengembara jauh ke Beverly di timur Yorkshire bukan untuk membeli susu, yogurt atau keju tetapi menikmati peluang membelai Morag dan lembu-lembu lain.

“Sesetengah orang sukakan anjing, kucing atau kuda, namun ada yang menyukai lembu. Orang ramai datang untuk berseronok. Menghilangkan kebimbangan bersama haiwan adalah seperti terapi,” kata Wilson.

Pemilik Dumble Farm memilih untuk mempelbagaikan perkhidmatan  selepas harga susu jatuh mendadak dan inflasi melonjak sehingga melumpuhkan perniagaan tenusu mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI