fbpx

Sharifah Rose, Ezrin Loy makin serius?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Sharifah Rose dan Ezryn Loy semakin terbuka kongsi keakraban.

SEBELUM ini, ada juga dengar khabar angin gosip cinta antara Sharifah Rose dengan Ezrin Loy tetapi tidaklah terlalu kencang diperkatakan.

Namun, baru-baru ini perkara itu kembali menjadi bualan apabila kedua-duanya semakin terbuka berkongsi keakraban mereka dalam video TikTok.

Paling mencuri perhatian video ucapan ulang tahun kelahiran Ezrin untuk Rose baru-baru ini, manis bersemut!

“Boleh saya panggil awak Rose?

“Selamat hari jadi untuk insan istimewa yang paling manis,” katanya dalam ruangan kapsyen sebuah video TikTok.

Manakala Rose pula sebelum itu ada berkongsi video hadir ke sebuah majlis perkahwinan dan berpakaian sedondon dengan Ezrin.

Seakan sudah masuk ke fasa serius nampaknya. Baguslah kalau benar-benar bercinta, janganlah asyik nak pusing cerita dan nafikan sahaja.

Ramai mendoakan hubungan Rose dan Ezrin berakhir bahagia, jangan sia-siakan semua harapan itu tau.

DIVA: Agak-agaknya bila Malaysia akan hasilkan sebuah karya sehebat Gadis Kretek?

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI