fbpx

Pasangan remaja digalak berkahwin daripada terjebak kes buang bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tiga dari kanan) ketika menyertai Fun Walk sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Kebangsaan 2023 yang diadakan di Kuching, Sarawak pagi tadi.

KUCHING – Kerajaan tidak melarang remaja untuk berkahwin, daripada mereka melahirkan anak luar nikah yang mengundang kepada kes pembuangan bayi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) Dato Sri Nancy Shukri berkata, pihaknya bersedia membantu termasuk menganjurkan program seperti perkahwinan beramai-ramai.

“Kita mahu mereka yang remaja ini kalau mahu kahwin, kahwin betul-betul dan kita mengalu-alukan mereka untuk berkahwin.

“Kita juga ada kursus bagi memberi maklumat mengenai bagaimana menguruskan rumah tangga, cuma ini memerlukan sokongan daripada keluarga juga,” katanya ketika ditemui selepas menyertai Fun Walk sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Kebangsaan 2023 yang diadakan di sini, pagi tadi.

Menjelas lanjut, beliau berkata selain mengelak kepada kes pembuangan bayi, perkahwinan itu juga dapat menyumbang kepada kadar kelahiran negara yang masih rendah, khususnya di Sarawak.

“Kita perlu kelahiran yang tinggi terutama di Sarawak, yang kadar kelahirannya paling rendah dalam negara. Jadi kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak juga, termasuk Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS),” katanya.

Bagaimanapun, Nancy mengakui bukan mudah untuk menggalakkan perkahwinan remaja kerana ia menuntut nilai murni serta sokongan daripada keluarga dan rakan sebaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI