fbpx

Keputusan PRK Parlimen Kemaman isyarat jelas rakyat Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong Pas meraikan kemenangan PRK Parlimen Kemaman di Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Kemenangan bergaya Pas dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kelmarin isyarat jelas rakyat Terengganu terus menolak gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Kemaman yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majoriti yang dimenangi Pas kali ini lebih besar daripada diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun dengan peratusan mengundi yang lebih rendah.

“Target (sasaran majoriti) ditetapkan dalam kalangan pimpinan (Pas) ialah 30,000 (undi), jadi lebih 37,220 ini melebihi.

“Kita jangka keluar mengundi itu sekitar 72 hingga 74 peratus. Walaupun tidak mencapai target (sasaran) atas pelbagai sebab, Alhamdulillah peratus (majoriti) diterima parti (Pas) lebih daripada jangkauan kita,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK Parlimen Kemaman di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri dari Pas menang bergaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.

Seramai 65.76 peratus daripada 141,790 pengundi layak telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian kelmarin.

Sehubungan itu, Naib Presiden Pas tersebut berharap semua pihak mengambil ikhtibar daripada keputusan PRK Parlimen Kemaman yang terpaksa diadakan semula ekoran petisyen dikemukakan BN di mahkamah.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu berkenaan berazam untuk menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk menyuarakan isu-isu berkepentingan dengan rakyat negeri ini terus ke peringkat Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI