fbpx

Batu Pahat, Segamat, Kluang akan terus banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Johor dijangka akan terus dilanda banjir selagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) tidak dilaksanakan khususnya di beberapa daerah yang mempunyai keperluan mendesak.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sehubungan itu berkata, pelaksanaan projek RTB telah dirancang di Batu Pahat, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi dengan nilai kos berjumlah RM1.6 bilion.

“Saya terkilan apabila dilaporkan kerja fizikal projek-projek RTB di daerah Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat dan Kluang yang bernilai RM1.6 bilion belum lagi bermula dan dijadualkan hanya akan siap pada tahun 2030.

“Projek RTB ini meliputi komponen menaiktaraf sungai, pembinaan lencongan sungai, melebar dan mendalam sungai, memperkukuh tebing, membina floodwall, pembinaan kolam takungan banjir serta pembinaan pintu kawalan pasang surut.

“Namun begitu, kerajaan negeri tidak pernah berpeluk tubuh sebaliknya sesi libat urus terus dilaksanakan dan garis masa projek-projek RTB ini akan dipendekkan dan disiapkan tiga tahun lebih awal daripada perancangan asal,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz turut memberitahu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda berasa malu apabila berdepan mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

“Titah baginda, ‘setiap tahun saya pergi melawat mangsa banjir, saya terpaksa cakap benda yang sama, bersabar. Sampai bila saya nak suruh orang sabar, kita pun naik malu nak cakap,” katanya.

Tambah Onn Hafiz, kerajaan negeri turut menyediakan enam pam mudah alih yang akan ditambah di kawasan-kawasan terjejas banjir dengan peruntukan RM1.3 juta sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI