fbpx

Banjir: Mangsa di Pasir Mas meningkat 4,378 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekan Rantau Panjang yang dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Golok, petang tadi. Foto ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 4,560 orang dengan 4,378 daripadanya ditempatkan di 11 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan berkata, setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 1,457 mangsa ditempatkan di 14 buah PPS di tiga buah daerah.

Menurutnya, daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 4,378 orang melibatkan 1,378 buah keluarga berlindung di 11 buah PPS.

“Seramai 221 orang mangsa ditempatkan di dua buah PPS di Bachok manakala 22 orang di sebuah PPS di Tanah Merah.

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan menunjukkan peningkatan seramai 1,301 orang berbanding pada pukul 4 petang tadi yang mencatatkan seramai 3,259 mangsa,” katanya.

Tambahnya, paras air semua sungai utama di Kelantan masih berada tahap normal kecuali Sungai Golok di Kuala Jambu menunjukkan paras berjaga-jaga dan Rantau Panjang mencatatkan bacaan amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI