fbpx

RM9 juta bina, baik pulih 200 rumah MyHaus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Naim bersama salah seorang penerima replika kunci rumah program MyHAUS, hari ini.

KUALA LANGAT – Lebih RM9 juta telah diperuntukkan bagi 200 buah projek bina baharu dan baik pulih rumah di bawah program Inspirasi MyHAUS sejak 2020 di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, peruntukan tersebut daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan 31 buah unit rumah dibina di Selangor dalam tempoh sama.

“Di Selangor, sebanyak 28 buah unit rumah telah siap manakala tiga buah lagi masih dalam proses pembinaan. Ini adalah salah satu insiatif YaPEIM untuk membantu umat Islam di negara ini yang memerlukan bantuan,” katanya ketika simbolik penyerahan replika kunci rumah MyHAUS di Telok Panglima Garang di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pemilihan penerimanya adalah tergolong dalam kumpulan miskin dengan kerjasama pengesahan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

“Setiap penerima akan menerima sebuah rumah bernilai RM80,000,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI