fbpx

Pembantu kedai cedera di kepala diketuk dengan parang dalam cubaan samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

YAN – Seorang pembantu kedai runcit cedera di belakang kepala selepas diketuk dengan parang dalam cubaan samun di Pekan Sungai Yan di sini malam semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 11.45 malam ketika mangsa Muhamad Nur Husin, 46, warga Indonesia sedang membuat persiapan untuk menutup kedai milik majikannya.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, seorang lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru masuk dan menuju ke kaunter sebelum meminta wang daripada mangsa.

“Namun disebabkan mangsa enggan mengikut kemahuannya suspek kemudian mengetuk kepala mangsa menggunakan parang sebelum bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan di luar premis kedai berkenaan.

“Mangsa yang berseorangan ketika itu mengalami kecederaan kecil di bahagian belakang kepala kemudiannya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan dan hanya membuat laporan tentang kejadian itu pada pukul 4.42 petang tadi,” katanya.

Kata Shahnaz suspek kini dijejaki untuk membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI