fbpx

Maritim Malaysia lakukan 154,463 pemeriksaan, 1,114 tangkapan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hari Bersama Media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 diadakan di Lapang Sasar Mantin hari ini.

SEREMBAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan sebanyak 154,463 pemeriksaan, 38,867 penggeledahan dan 1,114 tangkapan di perairan negara sejak Januari hingga November lalu.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bagi carialamat pula pihaknya telah berjaya menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa daripada 1,487 kes carialamat di laut.

Menurutnya, selain tugas penguatkuasaan di perairan Malaysia, Maritim Malaysia juga berperanan dalam operasi bersama negara jiran dalam memerangi jenayah rentas sempadan serta menangani pencemaran maritim.

“Langkah-langkah proaktif telah diambil untuk melindungi kehidupan di laut khususnya dari segi ancaman pencerobohan bot nelayan asing ke kawasan zon maritim Malaysia. Selain itu, Maritim Malaysia juga turut memantau aktiviti-aktiviti ship to ship transfer yang berpotensi menjadi punca tumpahan minyak.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, Maritim Malaysia telah meningkatkan daya tindak, memperkasakan kemahiran anggota, serta mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam menangani isu-isu maritim yang semakin mencabar,” katanya ketika membacanya teks ucapan Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin sempena Hari Bersama Media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 di Lapang Sasar Mantin, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rosli berkata, media berperanan penting dalam menyebarluaskan maklumat tentang pencapaian Maritim Malaysia, serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan keselamatan di zon maritim Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI