fbpx

Lelaki lompat, baring atas landasan sebelum digilis tren LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut terjatuh di landasan di stesen transit aliran ringan (LRT) Dato Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Melompat dan baring di atas landasan dengan sendiri merupakan tindakan terakhir lelaki yang maut digilis tren di stesen transit aliran ringan (LRT) Dato Keramat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya memerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 10.56 malam tadi.

Tambah beliau, orang awam tersebut memaklumkan bahawa seorang lelaki tempatan melompat terjun ke landasan stesen LRT berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, semakan sebelum kejadian mendapati lelaki berusia 27 tahun tersebut bersama penumpang lain sedang menunggu LRT di platform 1.

“Ketika tren hendak berhenti, secara tiba-tiba mangsa melompat dan baring di landasan menyebabkan tren LRT tersebut terus melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashari, mangsa yang berada di bawah tren mengalami cedera parah teruk pada kedua-dua belah kaki akibat digilis.

“Pihak bomba cuba untuk mengalihkan mangsa namun mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan pada pukul 11.13 malam sebelum dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dilaporkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 9.05 malam tadi.

Jelasnya, seramai lapan anggota bersama dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 27 tahun terjatuh di landasan LRT berkenaan.

Tambah kenyataan itu, tindakan operasi dilakukan dengan mendapatkan bantuan daripada pihak teknikal LRT terbabit bagi menggerakkan tren ke bahagian belakang.

“Ia bagi memudahkan anggota bomba mengeluarkan mangsa dari landasan LRT. Mayat mangsa berjaya dibawa ke platform LRT beberapa minit kemudian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan terdapat beberapa lalauan LRT menghadapi gangguan susulan kejadian itu khusus LRT laluan Kelana Jaya, malam tadi.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI