fbpx

Guru diculik di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dirakam mengepung mangsa dan mencampaknya ke dalam kenderaan. - India Today

NEW DELHI – Seorang guru wanita di India diculik sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kelmarin, lapor laman berita Ary News.

Video rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kes  penculikan guru berusia 23 tahun itu tular di media sosial.

Mangsa bernama Arpitha dilihat berjalan di sebatang jalan utama sebelum teman lelakinya dan beberapa individu lain menangkap dan mencampakkan mangsa ke dalam sebuah kenderaan.

Suspek kemudian memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Sementara itu, keluarga Arpitha menuduh teman lelaki mangsa, Ramu sebagai suspek utama penculikan tersebut kerana mereka baru-baru ini menolak lamaran perkahwinannya.

Superintendan polis tempatan melawat tempat kejadian dan mengarahkan jabatan polis menubuhkan tiga pasukan bagi menyelamatkan guru itu dan menangkap penculiknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI