fbpx
Foto Kredit AFP

Apabila budak-budak ‘terpaling’ anti Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-baru ini penulis pulang ke kampung halaman di Pantai Timur dan menginap di sebuah hotel di sana yang bersebelahan dengan restoran makanan segera terkenal.

Sebelum ini restoran makanan segera itu dikatakan antara cawangan paling laris di Malaysia.

Ketika berada di sana didapati restoran itu sepi tanpa pelanggan dan tidak lagi dibuka 24 jam.

Sebelum ini jalan itu akan sibuk dan kenderaan beratur untuk membeli ayam goreng dan burger.

Kesesakan biasa yang menjadi rutin setiap kali cuti sekolah adalah sejauh tiga kilometer sehingga membuat laluan di kawasan sekitar restoran sesak teruk.

Namun, kini suasananya sepi sesepinya. Kadang-kala ada seorang sahaja membeli secara pandu lalu.

Itulah nasib restoran makanan segera yang diboikot gara-gara sebuah restoran francais lain buat onar dengan secara terang-terangan menyokong Israel.

Terpalit isu itu satu dunia, kasihan juga kepada pekerja anak-anak Melayu yang mencari makan di situ, semoga mereka tidak dibuang kerja dan jika dibuang kerja sekali pun, semoga kalian memperoleh rezeki lain yang lebih luas.

Masih lagi dengan kisah Israel dan Zionis, disebabkan media sosial hanya dihujung hari, kanak-kanak seawal usia prasekolah dan sekolah rendah sudah tahu isu semasa peperangan yang berlaku.

Sikap cakna kanak-kanak pada 1987 ketika kejadian ketegangan di Palestin itu sangat berbeza dengan kejadian yang berlaku pada 7 Oktober lalu.

Kanak-kanak pada 1987 hampir tidak mengetahui ‘peperangan’ atau ketegangan yang berlaku antara Israel dan Palestin kerana ketika itu tiada media sosial.

Kini, semuanya hanya dihujung jari dan program yang diadakan di seluruh sekolah, kanak-kanak seawal lima tahun sudah tahu mengenai perasaan benci terhadap Israel dan Zionis.

Kempen-kempen boikot produk yang ada hubungan dengan Israel turut diketahui oleh mereka satu persatu tanpa perlu diceritakan oleh ibu bapa.

Hampir setiap hari kisah-kisah Palestin dan Israel diceritakan anak-anak setelah pulang sekolah, sangat cakna anak-anak sekarang.

Mereka tidak kisah untuk tidak minum air kegemaran berjenama M kerana marah dengan Zionis yang membedil Gaza.

Sampaikan jika dihidangkan dengan ayam goreng, mereka akan bertanyakan sama ada makanan itu dibeli daripada restoran Israel atau tidak.

Diceritakan oleh seorang rakan, anak-anaknya sampai ‘terpaling anti Israel’ apabila mahu ibunya membuang semua alat solek berjenama D, E dan L.

Marah betul anak-anak itu apabila mengetahui ibunya masih memakai alat solek yang menyokong Israel.

“Ibu beli sudah lama sebelum perang Palestin lagi, tunggu habis ini semua, ibu pakai produk W daripada Indonesia sahaja,” katanya.

Bagus anak-anak zaman sekarang isu-isu semasa hanya di bibir mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN