fbpx

4,837 graduan tamat pengajian di UTHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANSELOR UTHM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengistiharkan pembukaan istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke 23 di Dewan Sultan Ibrahim Kampus Induk, Batu Pahat.

BATU PAHAT – Seramai 4,837 graduan berjaya menamatkan pengajian dan menerima skroll masing-masing bersempena dengan istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama enam hari bermula hari ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ir Ts Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, daripada jumlah itu seramai 135 graduan menerima ijazah doktor falsafah, sarjana 314 graduan, sarjana muda 3,543 graduan dan diploma 845 penuntut.

Katanya, Canselor UTHM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyempurnakan sidang khas istiadat konvokesyen yang berlangsung pada 2 November bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, di kampus induk dekat sini.

“Pada sidang khas itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal bagi menghargai sumbangan dan kecemerlangan baginda dalam kepimpinan lestari kepada UTHM.

“Selain ini, dalam sidang satu, UTHM menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Ts. Dr. Ismail Abdul Rahman bagi menghargai penglibatan dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan tinggi, industri, komuniti dan kepimpinan,” katanya.

Menurut beliau lagi, beberapa anugerah lain seperti Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Sultan Ibrahim, Anugerah Canselor, Anugerah Tesis Terbaik Pascasiswazah (Ijazah Kedoktoran), dan Anugerah Tesis Terbaik Pascasiswazah (Sarjana Penyelidikan).

Ujarnya, turut disampaikan hari ini adalah Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka Hajjah Aishah Ghani, Anugerah Akademik Yayasan UTHM, Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik, Anugerah Khas Alumni UTHM (Kategori Akademik), Anugerah Kecemerlangan Lembaga Jurutera Malaysia, Anugerah UTHM Holdings dan Anugerah Wakaf dan Endowmen turut diberikan kepada graduan terpilih.

“Majlis Pemakaian Hud Pascasiswazah yang bertujuan merai kejayaan graduan ijazah sarjana dan doktor falsafah secara penyelidikan bersama penyelia masing-masing.

“Bagi merai graduan dan memeriahkan lagi Konvokesyen UTHM ke-23, penganjuran Festival Konvokesyen 2023 (FESKON’23) yang sarat dengan pelbagai aktiviti/program dijangka bakal menarik ribuan pengunjung ke UTHM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI