fbpx

[VIDEO] Jual muka kacak, graduan ‘disapa’ admin syarikat ‘besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen Rapid KL mencuit hati orang ramai.

PETALING JAYA – Penampilan kacak seorang graduan membuatkan pelbagai syarikat secara berseloroh menawarkannya pekerjaan.

Menerusi video berdurasi 18 saat di TikTok, kelihatan seorang graduan bernama Fahd tersenyum gembira ketika melangkah keluar dari dewan selepas selesai menghadiri majlis graduasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selepas video itu dimuat naik, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai syarikat terkenal yang berseloroh menawarkan pekerjaan kepada Fahd.

Antara komen yang mencuri perhatian adalah daripada syarikat Rapid KL dan jenama yogurt beku Eropah, Llao Llao.

“Rapid KL, 25, pandai bawak tren,” komen daripada admin akaun TikTok Rapid KL tersebut.

“Llao llao, 24, pandai buat yogurt,” tambah admin TikTok Llao Llao.

Sementara itu, ramai netizen terhibur dengan komen yang ditinggalkan sehingga video tersebut mendapat tontonan sehingga 2.1 juta.

“Kenapa banyak komen syarikat dekat video abang? Cerah betul masa depan,” ujar Rais Sobri.

“Terhiburnya aku dengan komen-komen dekat sini, tak tahu dah berapa kali ulang baca,” kata Pateng. KOSMO! ONLINE

@dhafvaderAlhamdulillah for everything 🙂

♬ original sound – umai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI