fbpx

Selesai konvo terus diberi dulang meminang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular video ahli keluarga bawa hadiah unik ketika majlis konvokesyen.

PETALING JAYA – Seorang graduan wanita disambut dengan kejutan luar biasa apabila ahli keluarganya menghadiri majlis graduasi sambil membawa dulang hadiah perkahwinan yang dihias indah seakan rombongan meminang.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di platform TikTok oleh @shahirafairuss, antara hadiah yang diletakkan di atas dulang berkenaan ialah baju kelawar, ubat resdung, kuaci, kain batik, baju, tudung dan sejumlah wang tunai.

Hadiah telur dadar bersama nasi putih dan juga ‘king crab’ turut diberikan kerana ia merupakan makanan kegemaran graduan wanita itu.

Pemilik video itu berkata, hadiah-hadiah tersebut mempunyai kaitan dan makna buat graduan itu.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ahli keluarga berkenaan dan mereka turut menyifatkan pemberian itu sebagai sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Nanti nak kahwin, dah tak perlu nak sediakan hantaran sebab dah merasa waktu konvokesyen,” komen Nina.

“Nampak sangat keluarga dia seronok dan gembira tengok dia konvo (konvokesyen), semoga keluarga ini bahagia hingga ke jannah,” tambah @caramellatte. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI