fbpx

Piala AFC: TFC puas hati seri di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC terlebih dahulu membuka tirai jaringan, namun terpaksa akur dengan gol penyamaan Central Coast pada lewat permainan. - FB TERENGGANU FC

KEJAYAAN mengikat Central Coast Mariners 1-1 pada aksi kelima Kumpulan G kelmarin adalah keputusan adil buat Terengganu yang kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner akui beliau tidak boleh meminta lebih daripada anak buahnya kerana kelab Australia itu jelas jadi pasukan lebih baik sepanjang perlawanan.

“Saya berpuas hati dengan cara kami bermain dan menamatkan perlawanan ini dengan keputusan seri 1-1. Walaupun Central Coast Mariners lebih dominan, kami sentiasa bersedia dan mampu bertahan dengan baik.

“Pada separuh masa, saya beri penekanan kepada pemain betapa pentingnya untuk kami kurangkan kesilapan di barisan pertahanan dan tampil lebih bijak. Namun, secara keseluruhan saya gembira dengan persembahan pasukan,” katanya.

Pada aksi di Stadium Central Coast itu, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob membuka jaringan perlawanan pada minit ke-53, namun hasrat Terengganu untuk merekodkan kemenangan kedua ke atas lawan itu musnah apabila Miguel Di Pizio menghasilkan jaringan penyamaan, minit ke-87.

Walaupun belum tewas, Central Coast Mariners masih kekal sebagai pendahulu dengan 10 mata, berkelebihan satu mata berbanding Terengganu di tempat kedua sekaligus slot ke pusingan kalah mati hanya akan ditentukan pada aksi terakhir 13 Disember ini.

Selepas ini, Penang FC bakal jadi perlawanan ‘pemanas badan’ buat Terengganu sebelum hadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) di final Piala Malaysia, Jumaat ini dan Steinbruckner turut akui sentuhan penyudah menjadi kerisauan utamanya ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI