fbpx

Ratu naga fail saman terhadap kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis wanita yang dikenali sebagai Ratu Naga memfailkan saman pemula terhadap kerajaan berhubung satu perhimpunan “Himpunan Aman Selamatkan Malaysia” di ibu negara pada 16 September lalu.

Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah selaku plaintif memfailkan saman pemula itu secara dalam talian di Mahkamah Tinggi di sini pada 8 November lalu menerusi Tetuan Daim & Gamany dengan menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen, wanita berusia 43 tahun itu memohon deklarasi bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak boleh dikuatkuasakan menurut perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 25 April 2014.

Sementara itu dalam afidavit sokongan yang turut difailkan dalam saman pemula ini itu menyatakan bahawa, pihak polis telah merekodkan keterangan plaintif pada 19 September lalu, iaitu tiga hari selepas perhimpunan itu berlangsung.

Plaintif mendakwa, siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 9(5) itu sedangkan ia tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia telah diisytiharkan oleh Mahkamah Rayuan sebagai batal.

Susulan itu, plaintif memfailkan saman ini bagi melindungi dirinya daripada risiko atay sebarang kesan buruk yang boleh diambil oleh defendan.

Pada 19 September lalu, media melaporkan
polis telah merakam keterangan lima individu lagi bagi membantu siasatan berkaitan himpunan itu pada 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Antaranya ialah Penyedia Kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional Syarul Ema Rena atau Ratu Naga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI