fbpx

Sanusi tidak ada angan-angan jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas berakhir Sidang DUN di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan beliau tidak meletakkan sebarang sasaran mahupun berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri atau memegang apa-apa jawatan sekalipun sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, segalanya adalah aturan Allah dan menyerahkan perkara itu untuk diputuskan jemaah dalam Pas.

Begitupun katanya, beliau akan mencuba sehabis baik melaksanakan tanggungjawab sekiranya diberikan amanah oleh kepimpinan parti demi kebaikan semua pihak.

“Soal kepimpinan ini saya dah cakap banyak kali termasuk sidang media sebelum ini yang kita tak boleh letak sasaran atau angan-angan. Saya duduk di sini pun tak ada sasaran serta angan-angan. Allah yang kirimkan saya ke sini bersama pemimpin lain, kalau pergi lebih jauh itu terserah kepada jemaah dan parti.

“Saya tak ada cita-cita tetapi kalau diberi amanah oleh kepimpinan di mana saja, saya akan cubalah untuk jemaah, parti dan orang ramai, bukan untuk diri saya,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI