fbpx

Ribut petir di Johor, Melaka malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka hanya berlaku di Perak, Melaka, Johor dan satu negeri di Timur Malaysia (Sarawak), malam ini.

Menurut MetMalaysia dalam kenyataan, di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Johor pula, cuaca buruk itu diramal berlaku di kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru termasuk keseluruhan kawasan di Melaka,” katanya.

“Selain itu, cuaca sama turut melanda Sarawak membabitkan di Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong, Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir itu dijangka berlarutan sehingga pukul 11 malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI