fbpx

Remaja lemas terjatuh dalam sungai ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui lemas selepas terjatuh ketika memancing di Sungai Kampung Alor Tapah, Bukit Gading di Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang remaja ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Sungai Kampung Alor Tapah, Bukit Gading di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima maklumat kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas di sungai tersebut kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Menurutnya, Ketua Polis Balai Bukit Panau bersama anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil siasatan dan temu bual dengan saksi, remaja itu terjatuh semasa memancing di atas jambatan Sungai Kampung Alor Tapah.

“Saksi cuba memanggil mangsa, namun remaja itu telah tenggelam ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah di sini untuk proses bedah siasat.

Katanya, orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti semasa musim tengkujuh bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI