fbpx

Nyaris maut tong gas rumah meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tong gas dan rumah yang meletup di sebuah rumah di Jalan Bukit Jawa 2, Klang, meletup hari ini.

KLANG – Enam lelaki warga Bangladesh nyaris maut apabila tong gas memasak di rumah sewa mereka di Jalan Bukit Jawa 2 di sini, meletup hari ini.

Letupan kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan runtuhan pada siling dan tingkap rumah teres dua tingkat tersebut, namun semua mangsa sempat menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.13 pagi tadi.

“Sepasukan lima anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja bersama sebuah jentera dikerah dalam operasi itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebocoran gas yang mengakibatkan letupan di rumah teres berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, letupan itu menyebabkan runtuhan pada bahagian siling dan tingkap, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI