fbpx

Kutipan zakat Johor cecah RM298 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared

ISKANDAR PUTERI – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya meningkatkan hasil kutipan zakat semasa lebih RM298 juta sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, jumlah itu bersamaan lebih 83 peratus daripada sasaran yang diletakkan pada tahun ini iaitu sebanyak RM358 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM283 juta telah diagihkan kepada lapan pecahan asnaf yang layak. Pihak MAINJ juga sentiasa komited didalam memberi pemahaman berkaitan kewajipan berzakat khususnya kepada umat islam di negeri ini.

“Antara pelaksanaan yang dibuat ialah memperbanyakkan kaedah saluran bayaran sama ada secara fizikal mahupun dalam talian,” katanya pada sesi penggulungan Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fared berkata, MAINJ turut melantik beberapa rakan kutipan zakat bagi tujuan dakwah dan menerima zakat seperti amil zakat harta, amil zakat korporat dan amil zakat institusi.

Katanya, sehingga kini, seramai 2,170 amil telah dilantik meliputi amil fitrah, amil harta, amil agihan dan amil korporat.

Tambahnya, MAINJ turut memperuntukan sebanyak RM600,000 bagi pemberian sebanyak 160 buah televisyen pintar bagi melengkapi pemasangan wifi di sekolah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI