fbpx

Konflik Palestin-Israel: Elon Musk tolak jemputan Hamas lawat Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk menolak pelawaan Hamas kerana bimbang dengan situasi semasa di Gaza. – Wikimedia Commons

BANDAR GAZA –  Bilionair dan pemilik platform media sosial X, Elon Musk menolak udangan Hamas untuk melawat Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri kemusnahan yang berlaku akibat serangan kejam tentera Israel, lapor akhbar Palestine Chronicle.

Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan berkata semasa sidang akhbar di Lebanon bahawa kumpulan   pejuang Palestin itu berbesar hati untuk menunjukkan kemusnahan di Gaza kepada Musk.

“Pergerakan Penentangan Palestin berbesar hati mahu menunjukkan kepada Musk tahap pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza, dengan mematuhi piawaian objektiviti dan kredibiliti,” katanya kelmarin.

Namun, ketika disoal oleh seorang pengguna X mengenai jemputan tersebut, Musk menjawab bahawa keadaan tidak mengizinkan untuk beliau pergi ke Gaza ketika ini.

“Ia (situasi) kelihatan agak berbahaya ketika ini. Namun, saya percaya bahawa Gaza yang makmur bagi jangka panjang adalah baik untuk semua pihak,” katanya.

Jemputan Hamas dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu melawat Israel dan bertemu Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu awal minggu ini.

Bilionair tersebut turut mengadakan perbincangan dengan Netanyahu yang mana beliau bersetuju dengan pendapat bahawa ‘mereka yang mahu melakukan pembunuhan perlu dimusnahkan’ sebagai merujuk kepada kumpulan Hamas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI