fbpx

Juruelektrik buat onar dengan mayat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVID FULLER - Foto AFP

LONDON – Seorang juruelektrik yang melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat dalam tempoh 15 tahun dapat berbuat demikian tanpa dikesan kerana kegagalan serius dalam pengurusan, tadbir urus dan peraturan, demikian menurut laporan inkuiri setebal 300 muka surat, lapor portal berita Fox News kelmarin.

Perbuatan David Fuller melakukan hubungan seks dengan mayat yang kemudian disabitkan dengan kesalahan membunuh, akhirnya terbongkar pada 2020 apabila polis menggunakan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengaitkannya dengan pembunuhan dua wanita pada 1987.

Semasa siasatan, mereka turut menemui berjuta-juta imej penderaan seksual di rumahnya termasuk video Fuller melakukan hubungan seks dengan mayat wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik mayat di dua buah hospital tempat dia bekerja di tenggara England.

“Kesalahan yang dilakukan David Fuller benar-benar mengejutkan.

“Bagaimanapun, kegagalan pengurusan, tadbir urus, peraturan dan proses serta kekurangan rasa ingin tahu yang berterusan, semuanya menyumbang kepada penciptaan persekitaran di mana dia boleh melanggar peraturan,” kata  laporan sama .

Fuller, 69, menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh Wendy Knell, 25, dan Caroline Pierce, 20, dalam dua serangan berasingan di bandar Tunbridge Wells pada 1987.

Dia juga sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun  selepas mengaku melakukan banyak kes hubungan seks dengan mayat.

Fuller mengaku melakukan 140 pelanggaran undang-undang terhadap sekurang-kurangnya 101 mayat wanita dan kanak-kanak dengan yang paling muda berusia 9 tahun dan yang paling tua 100 tahun  antara 2005 hingga 2020, menurut laporan inkuiri tersebut. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI