fbpx

Dua rakan dituduh edar dadah empat kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan bersama mengedar dadah seberat lebih empat kilogram di daerah ini, minggu lalu. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Dua rakan sejenayah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan bersama mengedar dadah seberat lebih empat kilogram di daerah ini, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dari kedua-dua tertuduh Seah Wai Lun, 33, dan Muhammad Kumaran Gurubaran Arumugam, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, mereka didapati mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat 4164.2 gram dan heroin dengan anggaran 77.7 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 November lalu kira-kira pukul 5.45 petang di hadapan sebuah rumah di Bandar Utama Tampin.

Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Kedua-dua tertuduh tidak ditawarkan jaminan kerana kes melibatkan hukuman mati.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI