fbpx

Dewan Rakyat: Satu kedai ada 78 bilik muat sebuah keranda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika melakukan serbuan di salah sebuah premis yang menyediakan bilik sewa sangkar burung di ibu negara baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan, bilik sewa sangkar burung di ibu negara yang diserbu minggu lalu telah dirobohkan.

Menurut beliau, kawasan tersebut telah dibersihkan oleh pihak berkuasa kerana pembinaan bilik sewa sangkar burung tersebut menyalahi undang-undang.

“Bulan lepas saya sendiri mengetuai penguatkuasaan undang-undang isu bilik sangkar burung atau yang saya panggil liang lahad.

“Memang tidak berperikemanusiaan dan tidak munasabah, ada pihak demi mengaut keuntungan keuntungan membuat pengubahsuaian sehingga satu bangunan kedai mempunyai 78 bilik.

“Keluasaan bertepatan dengan definasi liang lahad boleh masuk keranda dan apabila kita masuk atau keluar dari bilik itu kena merangkak.

“Struktur haram ini telah dirobohkan. Saya akan buat kenyataan media minggu depan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI