fbpx
Nik Ab. Halim menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

Sindiket simpan dadah dalam rumah sewa ditumpaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang lelaki disyaki anggota sindiket pengedaran dadah diberkas bersama dadah pelbagai jenis dalam serbuan di sebuah rumah sewa yang dipercayai dijadikan pusat penyimpanan bahan terlarang tersebut di Kampung Kertas Pulas, Kuala Abang, di sini, pada kelmarin.

Serbuan pada pukul 5 pagi itu berjaya merampas dadah jenis pil Yaba, syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM116,546.30.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, siasatan awal percaya lelaki berusia 25 tahan yang ditahan dalam serbuan itu bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah terbabit.

“Sindiket dadah terbabit dipercayai baru aktif di daerah ini pada awal bulan Januari lalu. Serbuan berjaya menjumpai 712.70 gram pil Yaba, syabu (402.5 gram) dan heroin (200.20 gram),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, di sini, hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, bekalan dadah yang dirampas berkenaan mencukupi untuk kegunaan kira-kira 7,000 penagih dan suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN