fbpx

CAP gesa tubuh Suruhanjaya Siasatan runtuhan rasuk di Batu Maung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAP gesa satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan susulan insiden runtuhan tiang rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas kelmarin.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, ini kerana pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan yang teliti dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

”Kami merasa amat terkejut dan kecewa apabila sebuah lagi bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh. Satu suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kejadian ini.

“CAP menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) menyiasat dengan menyeluruh insiden yang berlaku dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dengan kemalangan itu,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian runtuhan kira-kira pukul 9.58 malam kelmarin, tiga disahkan maut iaitu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI