fbpx

UCL: Bayern sedia ulangi rekod musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN dijangka tidak berdepan masalah besar untuk meraih kemenangan ke atas Copenhagen untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih. - AFP

MUNICH – Juara Jerman, Bayern Munich tetap mengambil serius aksi kelima Kumpulan A Liga Juara-Juara menentang Copenhagen di Allianz Arena awal pagi esok walaupun sudah layak ke pusingan kalah mati.

The Bavarians kini menyasarkan untuk merekodkan kemenangan 100 peratus daripada enam aksi peringkat kumpulan seperti musim lalu walaupun ketika itu dalam satu kumpulan bersama Inter Milan, Barcelona dan Viktoria Plzen.

Malah, Bayern juga pernah melakukannya semusim sebelum itu dengan enam kemenangan di peringkat kumpulan ketika diundi bersama Benfica, Barcelona dan Dynamo Kiev sewaktu edisi 2021/2022.

Difahamkan, Bayern amat mementingkan ganjaran wang kemenangan €2.8 juta (RM14.33 juta) untuk setiap kemenangan aksi Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.

Buat masa ini, gergasi Bundesliga itu sudah pun mengumpul €11.2 juta (RM57.32 juta) dan berpotensi untuk meraih setinggi €16.8 juta (RM85.99 juta) apabila tamat aksi peringkat kumpulan bulan depan.

Disebabkan itu, Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel tetap memandang tinggi aksi bertemu Copenhagen dan berkemungkinan besar tidak akan melakukan banyak pertukaran dalam kesebelasan utamanya.

“Copenhagen berjaya meledak satu gol ketika aksi pertama kami menentang mereka di Denmark. Jadi saya harap para pemain tak ambil mudah dan manfaatkan setiap peluang yang ada untuk menghasilkan gol,” kata Tuchel.

Selepas bertemu Copenhagen, Bayern akan melengkapkan saingan Kumpulan A menentang Manchester United di Old Trafford pada 13 Disember ini. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI