fbpx

[VIDEO] Runtuhan gudang: Solat jadi penyelamat 9 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi menyelamat tiga lagi mangsa yang tertimbus dalam runtuhan rasuk masih dijalankan anggota penyelamat sehingga pagi ini.

BALIK PULAU – Seramai tiga mangsa terdiri buruh binaan warga Bangladesh dilaporkan masih tertimbus di bawah runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, setakat pukul 3.30 pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.

“Situasi semasa pada 12 tengah malam tadi, seramai 15 mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan tiga daripadanya disahkan maut manakala tiga lagi mengalami kecederaan parah.

“Jumlah mangsa yang masih tertimbus ialah seramai tiga orang. Maklumat berhubung operasi menyelamat mangsa akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, awal pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai sembilan mangsa terperangkap dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.45 malam semalam itu manakala sembilan lagi pekerja terselamat selepas mereka dikatakan keluar bersembahyang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI